Pengenalan

FiesyaWorld.com menghormati hak setiap individu untuk privasi. Kami mengumpul maklumat melalui laman web ini seperti yang dinyatakan di sini. Ianya hanya tertakluk kepada maklumat yang dikumpul melalui laman web FiesyaWorld.com sahaja.

Bahagian I. Maklumat Yang Dikumpul

FiesyaWorld.com mengumpul maklumat dari beberapa tempat. Maklumat tersebut termasuk nama, alamat, nombor telefon dan e-mel.

Kami mengumpul maklumat berkaitan demografi pelanggan sebagai langkah untuk memahami kehendak pelanggan dan memantapkan pemasaran.

Kami mengumpul maklumat tersebut apabila anda mengakses laman web ini dan dilakukan secara sukarela. Ianya perlu sebagai maklumat perhubungan antara kami dan para pelanggan. Lain-lain maklumat yang mungkin diminta adalah tidak wajib.

Bahagian II. Pengunaan Maklumat

Setiap maklumat yang dikumpul adalah untuk tujuan kajian pasaran dan komunikasi.

Pelanggan berdaftar akan menerima maklumat atau pengumuman dari kami berkaitan produk baru, promosi dan lain-lain. Walau bagaimanapun, mereka mempunyai pilihan sama ada untuk menerima atau sebaliknya.

Maklumat yang dikumpul juga digunakan untuk merekodkan profil pelanggan berdasarkan pembelian dan transaksi mereka.

Kami juga mungkin berkongsi maklumat yang dikumpul dengan pihak ketiga seperti syarikat penghantaran rasmi dan pihak bank atau syarikat kad kredit untuk tujuan pengesahan dan sebagainya.

Bahagian III. Penyelesaian Masalah

Sekiranya anda mempunyai masalah dengan perkhidmatan kami, anda boleh menghubungi kami melalui e-mel info@fiesyaworld.com. Kami komited untuk menyelesaikannya dalam tempoh maksimum tujuh (7) hari.

Bahagian IV. Storan Maklumat dan Keselamatan

Kami TIDAK menyimpan sebarang maklumat berkaitan pembayaran yang dibuat seperti nombor kad kredit, akaun bank dan sebagainya dalam pangkalan data atau di mana-mana bahagian dalam laman web ini.

FiesyaWorld.com melindungi maklumat privasi para pelanggan melalui beberapa peringkat teknologi: Secure Server, Firewall, Secure Socket Layer (SSL) dan lain-lain teknologi dan prosedur. Keselamatan dalam talian, profil para pelanggan dan transaksi bayaran yang dibuat secara dalam talian menggunakan kad kredit melalui FiesyaWorld.com dilindungi dan disulitkan (encrypted).

Pengurusan
Fiesya World

Kongsikan Di Media Sosial Anda :
Share