Para pelanggan yang dihormati dan dihargai, anda dinasihatkan memahami segala terma dan syarat pembelian sebelum membuat sebarang pesanan atau pembelian produk Koleksi Tudung Fiesya World kami.

  1. Semua produk yang telah dibeli tidak boleh dikembalikan kecuali berlaku kecuaian dari pihak kami seperti produk rosak, kesilapan produk atau kesilapan kuantiti.
  2. Semua urus niaga di Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia sahaja dan luar dari Malaysia.
  3. Pastikan nama, alamat, poskod dan kuantiti diisi dengan betul pada borang pembelian online. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas kesilapan yang anda berikan ketika mengisi borang pesanan tersebut. Walaubagaimana pun, kami akan mengesahkan pesanan anda terlebih dahulu melalui email atau telefon.
  4. Sila sertakan bukti pembayaran samada muatnaik (upload) melalui Borang Notifikasi Pembayaran yang disediakan di laman wed ini atau muatnaik (upload) melalui applikasi WhatsApp. Ia bagi memastikan urusan pembelian berjalan dengan lancar. Maklumat pembelian akan disemak dan disahkan dalam tempoh 24jam. sekiranya tiada sebarang maklum balas, sila Hubungi Kami dengan kadar segera.
  5. Selepas pembayaran dibuat, pelanggan tidak dibenarkan membatalkan sebarang pesanan yang telah dibuat.
  6. Semua produk kami adalah dijamin sepenuhnya berada dalam keadaan baik sebelum dipos oleh pihak kami. Pihak kami tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakkan produk atas apa jua sebab semasa proses penghantaran oleh Pihak Perkhidmatan Kurier.
  7. Kami memerlukan 1 hingga 2 hari waktu bekerja (untuk kawasan Sabah dan Sarawak, 2 hingga 3 hari masa bekerja diperlukan) untuk memproses tempahan pelanggan. Sekiranya pelanggan membuat tempahan pada hari hujung minggu Jumaat dan Sabtu bagi negeri-negeri tertentu maka hari Ahad dikira hari pertama. Begitu juga bagi negeri yang bercuti pada hari Sabtu dan Ahad maka hari Isnin dikira hari pertama. Walaubagaimana pun kami akan memastikan dan cuba untuk memproses pesanan anda secepat mungkin selepas pembayaran dibuat.
  8. Sekiranya berlaku dimana ketiadaan stok produk selepas membuat pembayaran, maka kami berhak dalam memberi pilihan kepada pelanggan kami samada:
    • Menunggu untuk stok baru
    • Demi menjaga integriti dan kredibiliti kami sebagai Pengedar dan Pengilang, kami akan memulangkan kembali wang yang telah dibayar selepas mendapat persetujuan dari pelanggan.
  9. Sila pastikan alamat yang diberikan adalah wujud dan sah juga ada orang yang akan menerimanya. Sekiranya tiada, pelanggan dikehendaki menuntut barang di pejabat Perkhidmatan Kurier yang berkaitan.
  10. Sekiranya pembayaran lebih dibuat, baki wang akan dipulangkan semula kepada anda sama ada dalam sampul pos atau transfer ke akaun secara online dan akan dimaklumkan.
  11. Bagi Cash On Delivery (COD), temujanji hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 48 jam sebelum masa penghantaran untuk mengelakkan sebarang permasalahan.

Semua TERMA & SYARAT di atas adalah tertakluk kepada pindaan dan boleh diubah dari masa ke semasa tanpa dimaklumkan kepada pelanggan. Pelanggan diminta menyemak TERMA & SYARAT ini dari masa ke semasa yang dikira sesuai.

Terima kasih kerana menyokong kami,
Fiesya World

Kongsikan Di Media Sosial Anda :
Share